CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

ah sue_2ya's followers

About ah sue_2ya

My Photo
ah sue_2ya
Miri, Sarawak, Malaysia
♥ Simple ♥ Hard to trust people ♥ Last minute person ♥ Talkative ♥ Love to make friends ♥ LOYALTY ♥ Hate backstabber ♥ Addicted to RED colour...ice-cream...chocolate.. "diz is my territory..dun try to make a mess" "haters hate me coz i have what they don't"
View my complete profile

Saturday, April 21, 2012

:: Pengurusan Jenazah ::

Jumaat / Friday / 星期五
20 April 2012M / 28 Jamadilawal 1433H 

di pejabat...

Manis(bukan nama sebenar) : Sue, lupak(lupa) kamek(saya/aku) padah(beritahu) ngan(dengan) kitak(awak/kau)...hari Isnin tok(ini) kita da Kursus Jenazah...Praktikal...kenak(kena) ajar orang cara menguruskan jenazah...

Sue: ***tengah melopong***...adusss...oookkkk....
[dalam fikiran--> berserabut...boleh ka aku ajar orang??layak ka aku??aduss..dah la ingat2 lupak(lupa)...hurmm...]

seriously memang aku ingat2 lupak(lupa)...balit(balik) umah kenak(kena) study la tok(ni)...
al-maklumla aku tok(ni) sik(tak) pernah menguruskan mana-mana jenazah...harap gi kursus last year... praktikal masa kursus sik(tak) sama ngan mengurus yang sebenar2nya....

pa kata kita sama2 study ok....lagik(lagi) pon menguruskan jenazah tok(ini) fardhu kifayah....JOM STUDY!!!..."Sharing is Caring" kan...:)


CARA MENGURUSKAN JENAZAH: 
Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan:
          Hendaklah kita ucapkan :


  1. Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.
  2. Rapatkan kedua belah matanya.
  3. Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.
  4. Rapatkan mulutnya.
  5. Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.
  6. Luruskan kakinya.
  7. Ikatkan kedua ibu jari kakinya. 
  8. Letakkan di tempat yang tinggi.
  9. Hadapkan ke Qiblat.

    Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan ahli keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.
    Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

    Persediaan dan keperluan untuk memandikan jenazah

    1. Sediakan tempat mandi.
    2. Sabun mandi.
    3. Air daun bidara.
    4. Air bersih.
    5. Sugi - 7 batang.
    6. Sarung tangan - 3 atau 5.
    7. Sedikit kapas.
    8. Air kapur barus.
    9. Baldi serta gayong.

HIM to HER

click...click...click...