CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

ah sue_2ya's followers

About ah sue_2ya

My Photo
ah sue_2ya
Miri, Sarawak, Malaysia
♥ Simple ♥ Hard to trust people ♥ Last minute person ♥ Talkative ♥ Love to make friends ♥ LOYALTY ♥ Hate backstabber ♥ Addicted to RED colour...ice-cream...chocolate.. "diz is my territory..dun try to make a mess" "haters hate me coz i have what they don't"
View my complete profile

Saturday, January 8, 2011

Char Koey Teow


Dengar saja pun aku dah terliur….teringat aku dengan Char Koey Teow kat utara sana…lama dah tak makan….bukan kat Miri tak ada Char Koey Teow…ada, cuma aku tak pernah rasa lagi…tak tahu pulak tahap kesedapannya macam mana kan….yang pernah aku rasa kat Miri pun waktu ada Pesta Makanan 2008…yang tu pun tak berapa sedap sangat (mintak maaf yer kat tukang masak)….kat Miri cuma ada 1 gerai yang jual Char Koey Teow ni…bertempat di Century Point…baru bukak setahun yang lepas kot…aku pun tak sure sangat…apa yang aku boleh katakan kat sini, apa2 pun makanan selalu nya sedap kalau ikut ke’originality’ tempatnya….
Contoh:
:: Kek Lapis – Sarawak
:: Mi Bandung – Johor
:: Mi Kolok – Sarawak
:: Char Koey Teow – Penang, Kedah & bahagian2 utara yang sewaktu dengannya…and etc…

Nak tahu Char Koey Teow tu apa?

Ini lah dia Char Koey Teow yang aku ceritakan...

 
Ini Char Koey Teow kat Taman Lembah Bujang, Kedah….senang cerita kawasan perumahan yang berada di belakang UiTM Kedah….sedap…nyum2…aku paling suka Char Koey Teow udang…kalau dapat udang yang besar2 perghhhhh memang sedap….:)




Ini pulak Char Koey Teow kat Sg. Dua cawangan Kulim…sememangnya Char Koey Teow Sg. Dua memang sangat popular kat sana…sebab tu bukak banyak cawangan….Char Koey Teow Sg. Dua ni berasal dari Penang….aku pernah jugak pergi Char Koey Teow kat Penang…memang ternyata sedap…cuma aku tak ada ambil gambar….huhu…banyak tempat lagi yang ada Char Koey Teow yang sedap – Jitra, Kedah…Manjung, Perak (aku tak tahu nama tempat tu sebab kawanku Kemal yang tolong tapaukan….thnx Kemal)…..Char Koey Teow depan Petronas Nashmir, Sg. Petani…and etc…:)




Cuba tengok sign board ni betul2….
Nampak tak statement “Telur Ayam Dibasuh”…ni yang aku solute dengan owner kedai ni…barulah orang ada keyakinan nak makan…dijamin bersih…tak ada taik ayam ka…bulu ayam ka…yang ni patut diamalkan oleh setiap peniaga…statement yang dibagi memberi jaminan kepada kita dengan tahap kebersihan masakan di gerai tersebut…:)

Sebut pasal makanan ni, lapar lah pulak aku ni…aku chow lu kawan2…p pekena Char Koey Teow….see ya’ll again….

Thesis


Sebut pasal thesis, aku teringat tahun lepas…huhu…tension asyik fikir tentang thesis…dah lah waktu tu aku practical…kena buat thesis pulak…ramai senior2 bagitahu susah nak buat thesis…kadang2 ada proposal yang kena reject…dengar macam tu dah menggerunkan…huhu…ada jugak student lain yang bukan dari UiTM pelik sebab kenapa kami practical lepas tu kena buat thesis pulak sebab kat IPTA/IPTS mereka lain…kalau practical2…kalau thesis2…lain semester buat…dibuat secara berasingan….tak serentak…inilah keistimewaan UiTM…practice student2 mereka bekerja sambil belajar..thesis ni kira kertas kerja pre-master sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi lagi…rasa macam nak menangis buat thesis ni..habis ja waktu kerja kena menghadap thesis…cari info sana sini…nak rehat pun susah (**ceh..tipu…ada rehat jugaklah…aku lebih banyak rehat dari buat thesis..suka buat last minute…hehehe) tapi..alhamdulillah aku lulus dengan baik…:) 

Part yang paling susah buat thesis ialah nak carik Literature Review (LR)…kena ada kena mengena dengan tajuk yang kita buat….Gambar kat bawah ni adalah antara LR yang aku dapat….





Tajuk aku punya thesis? “A Study On The Factor That Influence Performance Home Financing Performance in Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), 2002-2009”



Ni lah proposal aku…alhamdulillah tak kena reject….lepas buat proposal kena buat isinya pulak iaitu Finding..guna software SPSS 16.0….complicated jugak software ni…pening lalat jugak aku dibuatnya….

Dah habis semua, ready nak presentation…kena buat betul2 sebab markah ni untuk final…tapi aku masih bermalas-malasan…tambah2 lagi presentation tu selepas Hari Raya Aidilfitri…hurm…lagilah aku malas sebab masih dalam raya mode…balik raya kat Miri aku bawak semua barang2 thesis tapi satu haram aku tak sentuh untuk buat slideshow…huhu..last2 dah balik Kedah baru terhegeh2 nak buat….


Habis presentation…fuhh..lega…cuma nak buat final report + log book tentang aktiviti aku sepanjang practical….macam biasa..aku memang suka menangguh2kan kerja…buat lagi last minute…bukan sengaja..tapi memang dah tak larat…sibuk dengan kerja yang kena pergi sana sini…2 hari sebelum nak hantar report baru aku siapkan….ada lagi masalah, part nak hantar kat kedai buat hardcover…selalunya makan masa seminggu baru siap…semua pulun kata tak boleh siapkan….waktu tu aku pikir..”alamak!!macam mana ni??? dateline lusa..uwaa”…nasib baiklah ada kedai yang sanggup buat hardcover ni cepat tapi kena bayar double..hurm…aku tak kesah janji aku hantar tepat pada waktunya….





Inilah hasilnya…thesis yang aku bangga2kan…sampai nak pecah otak pikir thesis ni….



Yang ni lak CD untuk simpan softcopy bagi kat advisor….

 Yang ni pulak evaluation company tentang aku...prestasi aku macam mana..semua ada kat sini....




Yang ni Log Book aku….sampaikan minggu terakhir practical pun aku masih sibuk buat kerja…sampai kena extendkan waktu practical sebab khidmat aku masih diperlukan….tapi tak apa…ini semua cabaran dan pengalaman aku sebagai seorang pelajar dan pekerja….:)  





HIM to HER

click...click...click...